KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM
BAB 2 : KONSEP PENYIARAN
NAMA AHLI
LIONEL RAJ A/L SARAVANAN
02DKM15F1193
FARIZ ISKANDAR BIN ISZUHAIMI
02DKM15F1163
02DKM15F1163
MUHAMMAD HAFIZ BIN MOHD AZHAN
02DKM15F1109
02DKM15F1109
SYED SAIFUDDIN BIN SYED MOHAMAD
02DAD15F2027
02DAD15F2027
MUHAMAD SYAZWAN BIN MAT ZAIT
02DAD15F2022
02DAD15F2022
MUHAMMAD IZHAR BIN MD SANI
02DAD15F2005
02DAD15F2005
MOHAMAD SHAHRIL AMIRUL BIN DZULKEFFLY
02DKM15F1099
02DKM15F1099
2.0 PENGENALAN
Pada tahun
1930-an penyiaran di Malaysia bermula dengan kemunculan Radio Amatur.
Kuala Lumpur. Sejarah
awal bidang penyiaran ini berasaskan falsafah pemikiran British. Pengaruh
mereka amat kuat dengan perlantikan Pengarah penyiaran yang terdiri daripada
warga British, iaitu David Lyttle. Selepas empat tahun, barulah jawatan
tersebut digantikan oleh Dol Ramli.
Pada tahun 1957
kerajaan mengarahkan supaya azan disiarkan oleh Radio Malaysia. Pada prmulaan
dan penutup rancangan siaran bacaan al-Quran diperdengarkan.
Pada tahun
1960-an siaran agama menjadi lebih aktif apabila Badan Melayu dipertanggungjawabkan untuk menerbitkan
rancangan-rancangan yang berunsurkan agama. Banyak tuntutan dan desakan
daripada masyarakat islam pada sekitar tahun 1971.
Pada tahun 1973
Radio Televisyen Malaysia ( RTM ) mula mewujudkan Unit Agama dan Dakwah yang
selaras dengan penstrukturan semula unit-unit lain.
2.1 GARIS PANDUAN PENYIARAN
Bagi melindungi
kepentingan orang awam, negara dan kerajaan daripada anasir-anasir yang boleh
mengancam perpaduan dan pertumbuhan negara yang disebarkan oleh media penyiaran,
GARIS PANDUAN PENYIARAN digunakan. Tujuan garis panduan ini adalah untuk
memastikan semua bentuk penyiaran melalui radio dan televisyen di Malaysia
memenuhi dasar-dasar dan aspirasi Negara kearah mencapai wawasan 2020.
Garis panduan
ini ditujukan kepada mereka yang terlibat dalam penerbitan dan penyiaran apa
jua bahan siaran di radio dan televisyen di bawah Akta Penyiaran 1988 (Pindaan
1996 ) kecuali stesen-stesen penyiaran berlanggan.
2.1.1 PENGERTIAN PENYIARAN DAN PENYIARAN ISLAM
Penyiaran dari
segi bahasa adalah proses penyiaran manakala dari segi istilah adalah satu proses
untuk menyampaikan maklumat daripada satu pihak ke satu pihak melalui proses
pemancaran elektro magnetik atau gelombang yang lebih tinggi. Penyiaran islam
adalah alternatif yang dipancarkan kepada khalayak ramai berasaskan nilai-nilai
keagamaan yang terjamin kebenarannya serta selamat dalam kehidupan dunia dan kehidupan akhirat.
Ciri-Ciri Siaran Yang Boleh Disiarkan :
·
Penyiaran islam ialah
sesuatu aktiviti yang dipancarkan kepada khalayak ramai
·
Berasaskan nilai-nilai
keagamaan dan terjamin kebenarannya serta tidak membahayakan dalam kehidupan
dunia dan akhirat
·
“Gesture” asing yang
boleh diterima oleh masyarakat Malaysia yang menunjukkan
·
Perasaan muhibah
antara pemimpin Malaysia dengan pemimpin Negara luar.
·
Gambar atau sesuatu
yang melambangkan masyarakat yang berbilang kaum.
·
Bersesuaian dan
meyakinkan rakyat atas dasar dan rancangan-rancangan semasa Negara.
Ciri-Ciri Yang Tidak Boleh Disiarkan :
·
Menggugat keselamatan
Negara seperti rusuhan, tujuk perasaan dan lain-lain kejadian yang boleh
menggugat keselamatan Negara dan menjejaskan ketenteraman orang awam.
·
Menjejaskan atau
merosakkan imej Negara.
·
Mengenai Negara-negara
lain yang memperkecilkan Negara yang bersahabat dengan Malaysia.
2.1.2 AKTA PENYIARAN
Akta Penyiaran mengandungi
peruntukan mengenai kawalan perkhidmatan penyiaran dan bagi perkara berkaitan
dengannya. Terdapat lima bahagian berasingan di bawah Akta Penyiaran 1988 ini.
Kuasa yang diwujudkan di bawah Akta Penyiaran 1988. Kuasa yang diwujudkan di
bawah Akta Penyiaran adalah mutlak dan dikawal oleh menteri penerangan. Akta
ini diwujudkan untuk memastikan mana-mana institusi penyiaran yang mungkin akan
wujud pada masa akan datang dikawal.
Pada tahun
1996, Akta ini telah dipinda dan dinamakan akta penyiaran (Pindaan 1996). Pada
tahun 1996 telah wujud perancangan Multimedia Super Corridor (MSC). Maka Akta
ini telah dimansuhkan dan diganti dengan yang baharu iaitu Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998. Akta ini mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006.
Akta ini mengandungi 11 bahagian dengan 282 seksyen.
PERATURAN 1991
Peraturan
Penyiaran 1991 mengandungi 4 bahagian. Peraturan ini bertujuan untuk memastikan
pemilik stesen penyiaran atau bercetak perlu mempunyai lesen. Merupakan salah
satu langkah pendemokrasian maklumat di Negara ini.
Pemegang lesen
tidak dibenarkan memindahkan atau melupuskan sebarang lesen yang dikeluarkan.
Lesen yang dikeluarkan dalah untuk tujuan kegunaan satu atau lebih siaran
televisyen oleh pemegang lesen.
Lesen tersebut
hendaklah dalam bahasa melayu dan mempunyai butiran nama, kad pengenalan,
alamat, pemilik atau penyewa dan sebagainya.
2.1.3 KOD ETIKA PENYIARAN ISLAM
Kod Etika
Penyiaran merupakan garis panduan kepada penyiar media penyiaran yang terlibat
dalam penyiaran.
Kod Etika
Penyiaran dirangka untuk melindungi kepentingan orang awam, negara dan kerajaan
dari sesuatu yang boleh mengancam perpaduan dan pertubuhan negara.
Terbitan
dalaman atau dari pihak luar perlu mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.
Melarang
kandungan yang tidak sopan, lucah, tidak benar, mengancam, perkauman,
sensitiviti agama dan penggunaan bahasa yang betul.
KOD ETIKA PENGIKLANAN
Kod ini
dirangka untuk melindungi kepentingan orang awam, negara dan kerajaan daripada perkara-perkara
yang boleh mengancam perpaduan negara.
Menjadi
kewajipan pemegang lesen penyiaran menentukan bahawa iklan yang disiarkannya
mematuhi kod ini.
Kesopanan
merupakan perkara penting untuk memastikan iklan tersebut tidak mengandungi
apa-apapenyampaian secara oral atau visual yang bercanggah atau menghina
kesopanan yang lazim dipraktikkan oleh masyarakat Malaysia. Iklan mesti
menghormati kemuliaan manusia dalam segala bentuk dan ungkapan.
2.2 BENTUK-BENTUK PENYIARAN
Media penyiaran
sangat berperanan dan penting kepada masyarakat di Malaysia pada masa kini
dalam menyampaikan maklumat dan sebagai medan sosial bagi mempercepatkan proses
modenisasi. Terdapat dua jenis media penyiaran, penyiaran melalui televisyen
dan radio. Jenis penyiaran tersebut menjadi alat utama kepada kerajaan bagi
menyampaikan mesej-mesej terbaharu.
Pada masa yang
sama juga media penyiaran telah mengalami perubahan dari semasa ke semasa
mengikut pembaharuan pada masa kini dan meningkatkan kecekapan media penyiaran.
Program yang disiarkan pada televisyen dan radio menjadi alat hiburan dan
pendidikan mengikut peringkat umur dari kanak-kanak hingga sehingga dewasa
Selain itu,
program di televisyen dan radio bukan saja menyajikan hiburan dan pendidikan
sahaja. Terdapat media penyiaran yang bermatlamat untuk penyebaran ilmu islam
seperti TV AlHijrah, Astro Oasis, Radio IKIM dan Radio SALAM.fm dan yang
terkini. Kewujudan media penyiaran yang berkonsepkan keislaman. Program-program
yang disiarkan perlu selari dengan konsep al-thabat
(tetap) dan murunah (fleksibel).
ANTARA OBJEKTIF RANCANGAN-RANCANGAN AGAMA DI
TELEVISYEN DAN RADIO
i.
Menguatkan akidah umat
islam
ii.
Memupuk semangat
cintakan Allah, rasul dan negara dalam konteks Mukmin sebenar
iii.
Memupuk semangat
perpaduan, muhibah dan toleransi
iv.
Mendorong umat islam
kuat berusaha, berdikari dan mengejar setiap lapangan kemajuan
v.
Memupuk nilai-nilai
kerohanian yang murni
vi.
Menekankan konsep ad-Din (agama, jalan hidup, tatanan, hokum) atau
The Way Of Life
FIRMAN ALLAH SWT YANG BERMAKSUD :
·
“Dan hendaklah ada
antara kamu satu golongan yang menyeru kepada kebajikan, dan menyuruh kepada
perkara yang baik, serta mencegah kemungkaran. Dan mereka itulah orang yang
Berjaya”.
(surah
ali ‘imran 3:104)
Ayat
di atas menjelaskan bahawa Allah SWT menyeru umat islam untuk berbuat kebaikan
dan meningkatkan kemungkaran atau amal
makruf dan nahi mungkar. Perkembangan
ini dapat membantu masyarakat melakukan kebaikan dan menyampaikan dakwah
melalui medan penyiaran.
2.2.1 MEDIA MASSA
·
Alat yang digunakan dalam penyampaian pesan-pesan dari
sumber kepada khalayak(menerima) dengan menggunakan alat-alat komunikasi
seperti surat khabar, radio, filem, dan televisyen.
·
Alan Hancock ( 1970 ) pula menterjemahkan “media” berasal
daripada perkataan medium yang merujuk kepada satu jalan atau cara dengan
komunikasi dapat dilakukan dan sebagai satu saluran untuk memberi maklumat.
·
Christine Beckert ( 1992 ) berpendapat bahawa media adalah
sebagai satu kumpulan kerja yang disusun untuk menyampaikan mesej yang sama
kepada kumpulan yang ramai pada masa yang sama.
·
Media pada zaman Rasulullah SAW banyak menggunakan syair,
khutbah seruan atau laungan di pasar. Islam juga menggalakkan pengikutnya
menggunakan media dalam menyampaikan maklumat, asalkan tidak bercanggah dengan
roh Islam dan tabiat hukumnya.
·
Cangara ( 2002 ) berpendapat bahawa media massa merupakan
alat yang digunakan dalam menyampaikan maklumat daripada sumber kepada
masyarakat dengan menggunakan alat komunikasi
·
Rahmat ( 2001 ) berpendapat bahawa media massa ialah faktor
lingkungan yang mengubah perilaku manusia melalui proses pelaziman klasik,
pelaziman opera atau proses imitasi.
·
Media massa merupakan pendorong utama dalam proses
pembangunan negara dan hak ini dijelaskan oleh Lerner ( 1996 ).
KESAN-KESAN KEBURUKKAN DAN KEBAIKKAN
KESAN
|
KEBURUKKAN
|
KEBAIKKAN
|
INDIVIDU
|
Mudah berlaku fitnah
Akhlak individu jatuh
Kurang melakukan aktiviti fizikal
Memalukan nama seseorang individu
|
Mmenghantar dan menerima maklumat dengan pantas
Mengisi masa lapang
Dapat membuka perniagaan dalam internet
Dapat meningkat ilmu pengetahuan
|
KELUARGA DAN MASYARAKAT
|
Kurang pergaulan terhadap ahli keluarga
Merosakkan imej keluarga
Mengubah kelakuan dan pemikiran masyarakat
Terpengaruh dengan budaya luar yang tidak baik
|
Memudahkan komunikasi jarak jauh
Mengetahui isu-isu sosial
Saluran ilmu
|
NEGARA
|
Mencemar perpaduan negara
Merosakkan imej nergara
Mengancam keselamatan negara
|
Sebagai ajen pembangunan dan perpaduan negara
Dapat mengetahui hal-hal dalam dan luar negara
Mengukuhkan hubungan antara negara
|
2.2.2 MEDIA CETAK
Media cetak ialah alat atau saluran komunikasi yang berupa
bahan cetak atau terbitan objek fizikal seperti akhbar, buku, risilah komik,
majalah dan lain-lain. Media cetak juga merupakan media yang menyampaikan
pesan-pesan dengan menggunakan kertas atau kain. Unsur-unsur utama media cetak
ialah tulisan (teks), gambar visual atau kedua-duanya. Media cetak digunakan
untuk mengembangkan budaya, seni, symbol, norma-norma dan gaya hidup.
SEJARAH
MEDIA CETAK
Pada awalnya, media cetak adalah dalam bentuk novel dan
buku-buku fiksyen dengan harga yang mahal yang hanya boleh dimiliki oleh orang
yang berpendidikan sahaja. Di Amerika, media cetak pertama bermula dengan
pencetakan banyak kitab agama pada tahun 1640. Menurut sejarah, media cetak di
Jerman bermula dengan penemuan mesin cetak metal atau dikenali sebagai
“hand-press” oleh Guttenberg (Johann Gensfleisch) pada tahun 1456. Bermula
daripada penyebaran surat khabar New York Sun yang diperkenalkan oleh Bunyamin
Day, masyarakat dunia telah mengenali media cetak dan mula mendapat maklumat
melalui media cetak.
1.Buku

Pada zaman moden kini, perkembangan teknologi semakin
canggih. Mesin-mesin offset raksasa yang mampu mencetak ratusan ribu buku dalam
waktu singkat telah dibuat. Kemudian, diikuti pula dengan penemuan komputer
sehingga memudahkan penyusunan huruf dan membuat halaman bercetak. Selepas itu,
diikuti pula dengan penemuan mesin penjilidan, mesin pemotong kertas, alat
pengimbas dan juga mesin pencetak.
Semua penemuan yang menakjubkan ini telah menjadikan
buku-buku sekarang ini mudah dicetak dalam masa yang singkat, dijilid dengan
kemas dan tersusun malah menghasilkan suatu cetakan dan reka bentuk yang sangat
berkualiti. Oleh yang demikian, tidak hairanlah apabila berbagai-bagai jenis
buku yang diterbitkan bersilih ganti dengan reka bentuk yang semakin menarik.
Penerimaan masyarakat terhadap buku juga mengalami peningkatan.
2. Majalah

Majalah ialah kumpulan berita, artikel, cerita, iklan dan
sebagainya yang dicetak dalam bentuk lembaran kertas berukuran kuarto atau
folio. Majalah telah mengalami perkembangan yang pesat dan menjadi sebuah
indusrti yang besar menjelang abad ke-19. Hal ini disebabkan oleh peningkatan
teknologi dalam pencetakan.
Di Malaysia, majalah berbahasa Melayu yang pertama
diterbitkan pada abad ke-20, iaitu Khizanah al-Ulum dan diikuti oleh al-Imam
dua tahun selepasnya. Pada tahun 1990-an, dunia permajalahan Melayu semakin
aktif kerana mendapat rangsangan dalam meningkatkan prestasi penerbitan yang
lebih banyak berbanding dengan sebelum ini. Menurut Dr. Hamedi, kecangggihan
teknologi penerbitan merupakan faktor yang membuka laluan kepada semua individu
yang berminat untuk memulakan perniagaan penerbitan.
3. Risalah

Risalah bermaksud karangan (rencana) ringkas mengenai
sesuatu perkara. Risalah juga merujuk kepada bahan-bahan edaran atau siaran.
Tujuan risalah adalah untuk memuatkan maklumat dan memberi penerangan tentang
sesuatu perkara seperti produk, perkhidmatan, syarikat, sekolah, kemudahan awam
dan juga kemudahan pengiklanan. Maklumat dalam risalah mestilah ditulis secara
ringkas, tepat dan maksud yang hendak disampaikan mudah difahami.
Kebiasaannya risalah akan dihasilkan dengan menggunakan tiga
kombinasi iaitu tipografi, ilustrasi dan juga reka letak. Ketiga-tiga kombinasi
ini akan menghasilkan risalah yang menarik perhatian masyarakat. Lazimnya
risalah dibuat dalam sehelai kertas yang dilipat dua, tiga atau beberapa kali
lipatan dan ditulis pada kedua-dua sisi. Maklumat dalam risalah mestilah
ditulis secara ringkas, tepat dan maksud yang disampaikan mudah difahami.
4. Surat
Khabar

surat khabar ialah kertas bercetak yang menyiarkan berita
dan lain-lain. Topiknya boleh berbentuk daripada hal-hal am seperti politik,
jenayah, sukan, rencana atau cuaca. Di Malaysia, dunia akhbar bermula pada abad
ke-19. Pada ketika itu, akhbar merupakan salah satu media yang menyalurkan
kesedaran kebangsaan kepada masyarakat serta menyeru orang Melayu supaya
bersatu padu.
Akhbar telah berkembang sejak sekian lama sebagai medium
untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Akhbar memainkan peranan yang
penting terhadap masyarakat dalam menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan
politik, ekonomi, gaya hidup dan sebagainya. Di Malaysia, terdapat sebanyak 153
buah akhbar dan majalah telah diterbitkan sepanjang tempoh 1896 hingga 1940.
2.2.3 Media Elektronik
Media
elektronik merupakan alternatif untuk berkomunikasi yang menggunakan alat-alat
elektronik yang moden seperti radio, televisyen dan lain-lain.
Di Malaysia
ianya bermula sekitar tahun 1930 melalui kemunculan Radio Amatur Kuala Lumpur.
Sejak itu media elektronik telah berkembang pesat sehingga kini. Media
elektronik telah membawa kesan yang besar kepada masyarakat dan juga banyak
memberi faedah dalam menyampaikan maklumat.
Terdapat empat
jenis media elektronik yang utama iaitu televisyen, radio, internet dan telefon.
Televisyen :

Televisyen
merupakan sejenis media komunikasi terkenal yang digunakan untuk memancarkan
dan menerima gambar bergerak, sama ada monokrom ( hitam putih ) mahupun yang
berwarna yang lazimnya diiringi dengan bunyi.
Televisyen
berasal daripada Bahasa Greek iaitu “tele” yang bermaksud jauh manakala “visio”
bermaksud penglihatan dalam Bahasa Latin.
Kini, Malaysia
mempunyai beberapa buah stesen TV seperti Media Prima, Astro, TV Al-Hijrah dan
TV Pendidikan.
Radio :

Radio merupakan
alat yang menyampaikan maklumat melalui gelombang elektromagnet, atau gelombang
listerik yang berfrekuensi tinggi, yang mengaplikasikan prinsip getaran udara.
Tujuannya adalah untuk menghantar maklumat elektronik dari satu tempat ke
tempat lain tanpa menggunakan wayar.
Pertama kali
suara manusia dapat disiarkan dalam radio adalah pada Disember 1900 oleh
Fessenden. Pada tahun 1906, suara manusia dan muzik berjaya didengari menerusi
radio sejauh 24 km.
Di Malaysia,
radio bermula pada tahun 1940 yang bersiaran terus dari Singapura dengan nama
Radio Malaya semasa Singapura masih lagi sebahagian dari Tanah Melayu.
Internet :

Internet ialah
rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan pengguna komputer di seluruh
dunia berhubung antara satu sama lain dan mencapai maklumat pangkalan data dari
seluruh dunia.
Internet ialah
singkatan daripada perkataan bahasa Inggeris, iaitu “inter-network” yang membawa maksud rangkaian komputer yang
berhubung menerusi beberapa rangkaian.
Internet
bermula pada Ogos 1962 yang dicipta oleh J. C. R. Licklider yang berkonsepkan “Galactic Network”.
Di Malaysia
internet mula beroperasi pada tahun 1987 dengan Rangkaian Komputer Malaysia
(Rangkom) yang diperkenalkan oleh Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia
(MIMOS).
Telefon :

Telefon berasal
daripada bahasa Yunani, iaitu ‘Tele’ yang bermaksud jauh dan ‘phone’ yang
bermaksud suara yang merupakan alat telekomunikasi yang digunakan untuk
memancar dan menerima bunyi pada jarak jauh yang kebiasaannya dalam bentuk
suara dan percakapan.
Telefon telah
mula diperkenalkan oleh Antonio Meucci di Havana pada tahun 1849. Di Tanah
Melayu telefon mula diperkenalkan pada tahun 1891 dan pada tahun 1895 telah
terdapat 21 buah telefon di Kuala Lumpur.
Menurut kajian
telefon telah digunakan pada penghujung tahun 1889 berdasarkan surat dari
pejabat Residen kepada Baxendale yang bertarikh 13 Ogos 1889.
No comments:
Post a Comment